Teguran Buat Para Peninggal Solat

Asslamualaikum wbt
Hari ni nak tarbiah diri dgn isu yg agak famous umat Islam buat.
Bismillah.
ok..
Ada DUA jenis orang yg tinggal solat ni.

PERTAMA : SENGAJA
Contoh sengaja ialah dia mmg tinggalkan tanpa sebarang keuzuran. Dia tak tenat,dia sempurna, dia x gila. Entah apahal dia tinggal soalat. Main bola bajet terel boleh je. Gi wayang dgn mmber, selamba je.Solat yg x smpai 5 minit dah trketar-ketar.Apakah ini?

KEDUA : TAK SENGAJA
Contoh x sengaja ialah dia terlajak tido,TAPI, kalau dah hari hari terlajak, tu bukan tak sengaja. itu sengaja namanya! Usaha lah sikit pasang alarm, suruh org kejut, dan lain2. Dah tahu susah nak bngun , takde usaha langsung. Kadang2 , dah bgun lepstu tidur balik.. perhh

Korang tahu tak apa balasan org yg tinggalkn solat ? Korang tahu x? ataupun, korg ingat, klau x solat, lepas tu taubat, settle... jwpnnya mmg TAK! ah Korg WAJIB qodho segala solat yg korg tinggalkn. kenapa? kenapa? Dosa-dosa lain , kita taubat, Allah boleh ampunkn. Tapi kenapa solat, kena qodho balik? Maka , sye akn kemukakn beberapa ANCAMAN YG ALLAH DAN RASUL ANCAM bagi org yg x solat 5 waktu ni, Jom tengok satu-satu dan check diri , Menangislah!

1) Nabi saw bersabda:
Pemisah antara seseorg dgn kekufuran adalah solat..
Lihatlah, sedar x sedar, bila kita tinggalkn solat, kita seolah olah dah jadi KAFIR. Bahkan,bnyak ulama telah menyatakan bahawa, klau kita tinggalkn satu solat dgn sengaja TANPA SEBARANG UZUR,maka kita telah jatuh kafir, Dan balasan bagi org kafir ialah NERAKA selama-lamanya..ok selama-lamanya!!! korg x takut ke T.T

2)Nabi saw bersabda:
Barangsiaa yg meninggalkn solat sehingga terluput waktunya, kemudian dia mengqodho'nya, maka dia akn di SEKSA ke dlm NERAKA selama 1 HUQUB, satu huqub bersamaan 80 tahun, dan satu tahun terdiri dari 360 hari . Dan sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun dunia !!
Gila! Ini baru satu waktu solat! Bayangkn , klau kita tinggalkn walau 1 waktu solat dgn sengaja, kita akan diseksa dlm neraka selama (360x1000x80) 28 800 000 hri di dlam neraka!!! Ini bru satu waktu waktu beb! Bayangkn berpa bnyak kali dah kita tinggalkn solat dengan rileksnya, smpai  dah x ingat berapa bnyak kali !
   
Ya rabb, Tak menggeletar ke badan kita bila fikir benda ni? tak menagis ke kita? tak takut ke kita? tak menyesal ke kita? Ya Allah, YA Allah !!

3)Nabi saw bersabda:
"Kududukn solat di sisi Islam adalah umpama kepala pada badan."
Korg rasa, klau korg x de kepala, korg boleh hidup tak? Konfem tak ! Tahu x korg, solat adalah perkara pertama yg akan ditana selepas iman di akhirat nnt. Yang mana , andai solat kita lepas, maka amalan lain akn mudah untuk lepas. Tapi, bila solat tak lepas , MUSTAHIL amalan lain akn lepas.

Kerana bila kita tinggalkn solat, semua amalan baik kita Allah tak akn terima !!!

Saya x nak letak bnyak hadis nabi yg berunsur ancaman bg org yg meninggalkn solat. Saya harap jika ada antara pembaca yg pernah meninggalkn solat, saya amat harap korg dapat baca smbil menangis teresak-esak.

KERANA...
"Hati yg MATI, mana rasa apa-apa bila  tengok maksiat. Mana rasa apa-apa bila tengok maksiat. Macam mayat. Kelarlah ,tikamlah,bakarlah, mana rasa apa !! "
 Saya yakin. Saya amat yakin, bila korg baca ni, korg rasa sgt bersalah. Hati korg berdebar. KOrg menangis, korg menyesal dan mengimbau dosa2 lalu. Korg rasa nak bertaubat .Korg rse dah x nak tinggalkn solat lagi. Korg nak jaga solat 5 Waktu dgn sempurna!

TAPI....

Timbul persoalan yg biasa di utarakn :
"Ustaz, saya nak berubah. Saya nak bertaubat. Saya dah x nak tinggalkn solat lagi. Saya x nak ! Adakah Allah akn ampunkan saya? Dan adakahh saya perlu QODHO' SEMULA solat yg saya tinggalkn? Jika ya, saya dah x ingat berapa bnyak yg saya tinggalkn .Macamana saya nak qodho sbb bnyak sgt? Tolong saya ustaz...."

OK INI DIA !

Isu Qodho' Solat

Sebagai ASAS, saya nak nyatakan di sini  bahawa qodho solat adalah WAJIB. Sama ada kita tinggalkn solat dgn sengaja ataupun tak sengaja,kita wajib qodho juga. Kerna solat adalah merupakan HUTANG kita kepada Allah. Allah dan Nabi nak ajar kita bahawa solat ni bukan benda main-main. Boleh tinggalkn, lepastu taubat dan tak payah qodho. Senanglah macamtu.

Qodho solat adalah WAJIB!

Maka, bagaimana nak qodho klau dh byak sgt kita tinggalkn smpai kita LUPA berapa banyak?

Maka , kaedah yg ulama beri ialah :
"Qoho'lah sebanyak-banyaknya solat kita sehingga kita rasa kita dah qodho LEBIH dari yg kita tinggalkn.."
Mungkin kelihatan BERAT klau kita dah bnyak sgt tinggal solat, Tapi, hakikatnya, takdelah berat mana. Klau kita terlepas drama-drama best,boleh je kita sanggup qodho balik episod-episod drama yg kita tertinggal kat TV dhn kita download kat internet? Boleh pulak

Perkataan "BERAT" adalah Alasan orang2 yg tak ikhlas dlm berubah. Time nak berubah pun , still ikut NAFSU. Nak yg Mudah-mudah dan sesuai dgn nafsu dia. Klau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu , bila lagi kita nak ikut suruhan ALLAH?

Maka, di sini saya kemukakn STEP MUDAH untuk qodho solat :

1)Ulama menyarankn, setiap kali kita habis solat satu waktu, selepas itu kita qodho solat waktu tu...

contoh
Kalau kita tgh solat  subuh misalnya, selepas itu kita solat subuh tu, kita bangun untuk solat subuh GANTI. Bermakna, satu kita solat subuh hari tu, satu lagi ialah solat subuh qodho. Begitu juga time zohor.  Lepas solat zuhur, bangun  dan qodho solat zohor. Asar pun camtu.Maghrib isyak pun macam tu.Means setiap hari, setiap waktu solat, kita solat DUA KALI.. Satu solat betul ,satu solat qodho....
Faham Tak?

Means , klau korg brterusan buat macam ni selama DUA Tahun, means korg dah berjaya qodho solat 2 tahun korg. Klau korg dh 5 tahun tinggal solat.Dan korg bertaubat dan tak nk tinggal solat lagi, maka, kalau berterusan guna cara ni, korg automatik dah dpt qodho solat yg korg tinggalkn selama 5 tahun.

Sekali gus korg tak rasa BERAT. Klau cara macam ni pun rasa berat, apa lagi yg korg nak? Klau tak nak susah susah, macam mana nak masuk SYURGA wahai kawan?

Buat je. KLau korg betul-betul ikhlas dlm berubah dan  bertaubat, nescaya korg  akan rasakan perkata yg berat itu sebagai satu Kemanisan!!

2)Kalau kita rajin sikit, buatlah lebih sikit. Yang pasti,solat qodho ni bole buat bila-bila. Lepas subuh ke, petang ke, malam ke, tengah malam ke, tengahari ke ke, bila bila boleh. Faham??

3) Ada orang anya " Apa niat solat qodho ye?"

Actually simple je.

Kalau nak qodho subuh:
Sahaja aku solat fardhu subuh, 2 rakaat, qodho kerana Allah..
Kalau nak qodho zohor:
Sahaja aku solat fardhu zohor,4 rakaat, qodho kerana Allah..
 Begitu asar, maghrib dan isyak. Macam biasa niatnya, just tambah "qodho". faham kan? Harap -harap faha,. Korg kan smart dan bergaya . 


So, TIGA point tentang isu qodho ni, saya harap korg semua JELAS.  Jangan rasa beban . Saya ulang balik ayat saya :

"Kalau kita trlepas drama-darama best , bolej je kita sanggup qpdho balik episode-episod drama yg kita trtinggal kat TV dgn kita download kat internet? Bolehh pulak...."
"Perkataan "BERAT" adalah ALASAN orang orang yang tak ikhlas dalam berubah. Time nak berubah pun , stilll ikut NAFSU. Nak yg mudah-mudah dan sesuai dengan nafsu dia. Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu , bila gi kita nak ikut suruhan ALLAH..?"

Harap korg boleh terima dgn berlapang hati, Tepuk dada tanya IMAN :)

Sumber : Buku Tarbiah Sentap
  

Amalan Menjelang Hari Raya AidilAdha

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum wbt.
Salam aidiladha,buat semua pembaca!
hari ni ada nak kongsi perkara yg best!
jom Baca!
moga dipermudahkn!
Kedatangan 10 Zulhijah yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kerana berjaya melaksanakan ibadat haji, dan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 – 9 Zulhijjah.
Nabi Muhammad SAW bersabda:  “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.”  (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijah yang lebih dikenali dengan Hari Raya Korban, maka hendaklah pergandakan usaha untuk melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling afdal di sisi Allah SWT dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya.
 .
.
Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-
.

SEBELUM 10 ZULHIJAH

  1. Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
  2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
  3. Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.
 .
.

PAGI 10 ZULHIJAH

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.
 .
.
Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.
 .
.

HARI RAYA KORBAN

Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.
 .

1. Takbir

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.
.
Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).”  (Hadis riwayat al-Thabrani).
.
Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.   ( × 5/3)

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ

 Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.
.
.

2.  Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
.
Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum?”
Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: “Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)
.
.

3.  Berdoa Taubat

Perbanyakkan berdoa kehadrat Allah, terutama merayu kepada-Nya supaya Allah mengangkat kemarahan dan kemurkaan-Nya daripada kita.
Kita merayu kepada-Nya janganlah dibalas jika kita terlupa atau tersilap. Merayu kepada-Nya agar Dia tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul.
Merayulah kepada Allah, agar Dia memaaf, mengampun dan mengasihi kita. Dialah pelindung dan Dialah yang akan memberi kemenangan kepada kita.
 .
.

4.  Solat Sunat Aidiladha

Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.
 .
 .

5.  Ibadah Korban

Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
 .
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”       Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.
.
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
 .
.

HIKMAH AIDILADHA

  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.

BUKU BARU

 Bismillah... Salam Alaik...

Alhamdulillah . Ada lagi aku kat dunia ni.dah bape lama aku x update blog..ermm last publish 2013..Apa? skrg dah 2015 ! haha lama aku tinggalkn blog ni..sian dia berhabuk. seperti apa yg korg nampak blog aku dah berubah.. akuu dah sapu cat2 dinding mop2 segala kotoran dlam ni. n kalau bole mmg nak simple2 je .sbb yg penting ilmu yg nak disampaikan. rupa? crita blakang. Dah! aku x nak borak kosong bnyak aku just nak bgtau kat korg aku ada buku baru!
n tak tau sejak bila aku suka baca buku.. tp Alhamdulillah , hidayah milik Allah kn.. bila2 dia bole bg . tu la sbbnya Islam ni best. Jahil macam manapon pasti Allah akn ampunkn...

Tapi, kita kena usaha lah lawan nafsu dan syaitan yg suka hasut kita ni.. Doa moga Allah bg kita Kekuatan.. mana ada org masuk Syurga dia enjoy je kat dunia..So kita sbngai hambanya ni kena la kejar matlamat kita ... apa matlamat kita? ALLAH .. ALLAH ! ye ..ALLAH !
Redha Allah yg kita nak capai skrg ni.. dunia skrg toksah aku nk crita pnjang lahh korg pon tahu dunia kita ni dah akhir zaman.. manusia skrg dah nazak.. ulama2 skrg dah bnyak pergi tinggalkn kita.. :'( ada pon x bnyak. Cuba lah Rasulullah tengok umat dia ni... mesti dia akan sedih ..huhuhuu wallahualam...saya yg duduk kat zaman skrg ni pun takut.. takut bila fikir balik dosa kita, mcm mana azab Allah nnt? siyes.. 

Ok, mcm mne kita nak cpai matlamat? ISLAM. dgn menggunakan jln Islam tuk cpai matlamat.
x nk ke nnt kita ramai2 dapat masuk SYURGA? INSYAALLAH ..Aamiin.. 
huhu pnjang lak .. dari nk crita buku baru aku  dah korg dpt ceramah..takpe sama2 perbaiki diri.. InsyaAllah !


OK NI DIA!!!

buku TARBIAH SENTAP ! aku rasa buku ni dah lama keluar, aku je yg ketinggalan kot.
aimaklumlah aku kan jahil x suka baca buku .so aku x bpe suka tengok2 buku2 ni.. smpai lah ada satu waktu aku balik rumah, kakak aku kasi buku belambak psl ilmu2 agama la..
Aku excited nak tengok!Alhamdulillah Tuhan dah permudahkn aku.. kakak aku pon beli pkai baucar buku dia pstu dia bg aku.. yaAllah ya Allah rezeki T.T 
dulu pon kakak aku ada bagi buku biografi rasulullah tp aku x baca..syg kan? tp skrg aku sedar apa baik nya baca buku2 agama ni. seronok. sorry eh jgn promote aku novel2 aku x minat! huhu Alhamdulillah kemanisan Iman untuk mmbaca buku agama dah ada.Aku Syukur sgt.ok balik pada topic kita..
buku ni mmg best sesuai untuk semua ..terutama remaja lah!
ok x nak ckp bnyak..klau nak beli buku ni pergi kedai popular. tp aku rasa hri tu pon aku pegi dah x de dah.. so better korg terus beli dgn owner dia la or agent yg jual buku ni..

klau nak tau lebih lanjut psl tarbiah sentap anda boleh kelik link ni!

BLOG TARBIAH SENTAP
http://www.tarbiahsentap.com/

atau

FB TARBIAH SENTAP
https://www.facebook.com/tarbiahsentapp?fref=ts

atau

DAFTAR PERCUMA EMEL SENTAP SEKARANG !
http://www.emelsentap.com/
         

                                                               Semoga bermanfaat!